Ketahui Bilangan Pengunjung Online Dalam Blog

kata gerak3

"aku berubah bukan atas tiket aku sukakan si dia,tapi aku berubah atas dasar untuk mendapatkan redhaNya

Sunday, April 18, 2010

.:Hanya Kerena Allah :.







Jarum jam tepat ke arah 3 pagi, masih berjaga untuk menghabiskan ulangkaji terakhir subjek Hadis...
Tiba-tiba.....
A: Assalamualaikum….



B: Waalaikummusalam, sapa ni ye dan dari mana awak dapat nombor saya??


A: Saya hamba Allah dan tak perlu la awak tahu dari mana saya dapat…


B: Ermm…jadi apa tujuan awak call saya? Maaf la saya sibuk sekarang…


A: Tapi saya ada hal nak cakap dengan awak…


B: Ermm…baiklah. Silakan…



A: Semalam saya sudah putuskan hubungan dengan kekasih saya….


B: Jadi….itu sahaja ke yang awak nak bagitahu saya??


A: Tidak…Hmm,kalau saya tanya, awak jangan marah…


B: Tengok keadaan…~


A: awak masih ada dara??


B: Hah?? Awak tiada hak nak tanya saya soalan macam tu…saya bukan perempuan murahan.



A: Jangan salah faham, saya tak ada niat apa-apa pun...Hmm,, sekarang ramai perempuan yang dah rosak. Walaupun saya sosial dan jarang sekali solat tapi saya tak pernah langsung nak ambil kesempatan pada bekas kekasih saya. Dia pernah mengajak saya untuk melakukannya tapi saya menolak sebab saya sayangkan dia. Saya nak cuba berubah jadi yang lebih baik tapi sering diperli oleh kawan-kawan saya bekas kekasih saya juga begitu. Dia tidak selesa bila saya mengajak dia berubah, diherdik, dimaki memang dah biasa bagi saya…Saya sayangkan dia. Saya tak nak kami jadi seperti ‘mereka’ yang lain yang sudah terlanjur…




…………………5 minit senyap………………[ tak tahu nak kata apa]


B: Ermm…maafkan saya. saya bukanlah pakar kaunselor yang layak untuk bagi pndangan atau bimbingan. Saya hanya mampu nasihatkan awak saya tak berani nak kata apa-apa. Kamu boleh minta tolong dari ustaz atau ustazah. InsyaAllah mereka boleh tolong dan lebih mahir. Tapi syabas kamu ada perasaan ingin berubah…memang kita akan rasa kekok dan rasa tidak selesa bila orang sekeliling mengata macam-macam..biasa la tu adat manusia tapi biar abaikan sahaja. Jadikan kata-kata mereka itu sebagai perangsang untuk awak jadi lebih baik..moga Istiqamah! Salam….
.....................................................................................................





Semua apa yang terjadi, sama ada baik atau buruk terjadi dengan izin Allah dan kehendak Allah ta’ala. Dan pastinya Allah tak mungkin berbuat sesuatu dengan sia-sia. Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Sepahit mana pun derita yang kita tanggung pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya jika kita terima dengan sabar dan redha.


Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa Allah mentakdirkan semua ini menimpa kita. Setidak-tidaknya ia adalah sebagai peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang kita telah lakukan atau mungkin Allah mahu naikkan darjat dan kedudukan kita disisi Nya.
Tak usah takot atau bimbang menerima kekurangan dan kesilapan yang kita telah lakukan. Yang penting, kita mesti berazam sungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah maha pengampun dan penerima taubat. Muhasabah diri, bertaubat atas dosa dan mohonlah hidayah dan kekuatan daripadanya...Wallahu'allam.


*“SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA.”




0 mari memberi komen2 anda yg bernas..:):

Post a Comment