Ketahui Bilangan Pengunjung Online Dalam Blog

kata gerak3

"aku berubah bukan atas tiket aku sukakan si dia,tapi aku berubah atas dasar untuk mendapatkan redhaNya

Thursday, November 14, 2013

" Simple Holiday Giveaway by SN "


Bismillahirrahmanirrahim .. Assalamualaikum andd yeoboseyo . Hai :)
JOM SAHABAT-SAHABAT JOIN GIVEAWAY 


SIMPLE HOLIDAY GIVEAWAY BY SN

11 NOV - 6 DEC



    [  CLICK  BANNER TO JOIN  ]

_________________________________________________________________________________

Syarat 

Like Page :- 13 Page 
Follow Blog :- 13 Blog 
Follow Insta :- 4 Insta 

Pemilihan Pemenang 

Top Referral - 1 pemenang
Random :- 37 Pemenang 




         SENARAI HADIAH

SIMPLE HOLIDAY GIVEAWAY BY SN

    1.   Abaya Dubai material nida by Hasnur Haniim Collection's  x1
    2.   Dress Damia material chiffon ( full lining ) by Hasnur Haniim Collection's  x1
    3.   Sepasang Handsock by Hasnur Haniim Collection's  x1
    4.   Felt Craft by Jaja  x3
    5.   Tasbih Digital + Kompas by Tudung & Pakaian Muslimah ShuhadaHalim SemuaShop x5
    6.   Pensel box (lengkap alat tulis + pensel warna) by Tudung & Pakaian Muslimah
          ShuhadaHalim SemuaShop  x1
    7.   Pasmina turki saiz besar by Tudung & Pakaian Muslimah ShuhadaHalim SemuaShop  x1
    8.   Tudung turki bidang 50 by Tudung & Pakaian Muslimah ShuhadaHalaim SemuaShop  x1
    9.   Tudung turki bidang 60 by Tudung & Pakaian Muslimah ShuhadaHalim SemuaShop  x1
  10.   Shawl by SoldOutScarves x2
  11.   Lotion by Eymasu  x2
  12.   Layered Cardigan warna royal blue by NisAza Hijab  x1 *postage ditanggung pemenang*
  13.   Pashmina by Nur Illa  x3
  14.   2 Keychain by Saljiah Zafirah  x1
  15.   Button badge by Ain Rahman  x2
  16.   Cute notebook by Ain Rahman  x1
  17.   2 Unit Fridge Magnet by Nur Farahain  x2
  18.   Top Up RM 5 by Khalid Kyle  x2
  19.   Top Up RM 5 by Nor Nadia Syakila  x3
  20.   Top Up RM 5 by Siti Norhaziqah  x2
  21.   Top Up RM 5 by Nadia NK  x2




TARIKH TAMAT : 6 DECEMBER 2013






Monday, October 31, 2011

(¯`*•.¸ Dosa Yang Tak Disedari¸.•'´ ¯) ♥


alhamdulillah bersyukur pada Allah, kerana dngn rahmatMu banyak peringatan-peringatan yang Kau beri untuk kami membaiki diri. kami rasa ini 1 hadiah yang besar dari Engkau berkat bulan haji iaitu BULAN ZULHIJJAH ini. selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kerana Engkaulah ya Rasulullah kami dapat meneruskan perjuangan ini.

adakah kita sedar bahawa perkara yang kita lakukan hari2 akan membuat 1 dosa pd dr kita jika kita tersilap membuat? msti shbt pelek kan apa yg ana ckp ny...pada 30.10.11..ana ada mndgr 1 ceramah dr USTAZ YUSUF EMBONG. beliau dr kuantan phg. tajuk ceramah beliau pd mlm itu ialah DOSA YANG TIDAK DI SEDARI...ini fb dy..blh lah shbt2 add..http://www.facebook.com/profile.php?id=100000713498550

ana terpegun dgn cara dan isi2 yang di sampaikan olh beliau..pd blog kali ini ana akn kongsi bersama shbt2 ape yg ana nk ceritakan. crmh beliau mlm 2 xde lah lame sgt tp isi yg disampaikan MASYAALLAH..penuh bermakna dan membuat peringatan pd kita semua...

ape yg kita tahu org yg plg rugi pd perbuatnya ialah org yg selalu mengsia2kan hidup dy kt dunia ny. kita sbgai pewaris perjuangan Rasulullah haruslah sedar bhwa dunia kini tdk selamat lg..so tambahlah amalan kita sehari2..

ustz yusuf, beliau bg 3 conton je dosa yg kita x sedari..antaranya ialah..:

1. semasa wuduk
2. solat jumaat bagi kaum lelaki
3. undang2 islam

apa pndpt shbt tntg 3 perkara 2??

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur." - Al-Maidah:6 .

dalam surah AL-maidah, Allah menyuruh "sapulah sebahagian dari kepala kamu" tp kenapa ada yg basuh rambut? basuh rambut belakang?kiranya wuduk kita x btl dan solat pon x sah..jadi renung2kan lah siapa yg pnh buat kesilapan sekecil ini..^__^


solat jumaat??dlm firman Allah swt yg bermaksud:

Yang Bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah S.W.T dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu) ; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah S.W.T, serta ingatlah akan Allah S.W.T banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).

Ayat tadi jelas menunjukkan larangan Allah S.W.T terhadap Umat Islam yang melakukan urusan jual beli ketika mana azan Jumaat telah dikumandangkan. Larangan ini ditujukan kepada mereka yang ditaklifkan kefarduan Solat Jumaat sama ada peniaga lelaki dan pembeli lelaki yang kedua-duanya memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat seperti sihat, baligh, berakal dan tidak bermusafir. Larangan ny membawa maksud HARAM urusan jual beli dijalankan ketika azan Jumaat telah dilaungkan. Imam Ibn Kathir al-Syafie menyebut:


Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan yang kedua.

( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

tapi ape yg kita lihat sekarang di Malaysia?ada ke mcm di larang oleh Allah??Kesimpulannya, kita sebagai Umat Islam sama ada penjual, pembeli dan para jemaah lelaki hendaklah berlapang dada dan mengambil berat isu yang telah menjadi wabak yang perlu ditangani kerana ia melibatkan hukum haram dan tidak sahnya solat Jumaat seseorang. ^__^

ana ada beberapa pendekatan dicadangkan..jadi kaum adam fikirkan lah...^_^ :


Pertama: Aktiviti jual beli hendaklah ditagguhkan sementara waktu ketika mana azan kedua berkumandang.


Kedua: Perniagaan boleh diteruskan dengan syarat urus niaga tersebut dijalankan antara penjual wanita dan pembeli wanita sahaja.


Ketiga: Para jemaah lelaki disarankan agar menangguhkan urusniaga di samping mengambil peluang masuk awal ke dalam masjid mendengar khutbah .


dan last sekali ia sgt pntg iaitu UNDNG2 ISLAM...knape ana besarkan??dan merahkan??
kita lihat undang2 islam di Malaysia mcm mne?? ada kah kita ikut ape yg telah diperintah olh Allah sebagai mana dlam surah An-nisa ayat 58 yang bermaksud :
58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.
undang2 islam mcm mne?adkah adil?kita tahulah memilih PEMIMPIN yg membawa ke arah keberanan ke jalan2 yg benar..harap mksd ana smpai..hukum2 Allah lg berat dr hukum manusia..adakah kita xtakut pd azab neraka kelak?MASYAALLAH ..takut ana pd azabnye....so berhati2 bila pimpin negara..smga kita menjadi pemimpin yang amanah,adil tuk agama islam dan negara kita..kita bakal GENARASI untuk menegakkan amanah RASULULLAH...shbt2 ada x dgr 1 ucapan dari Sultan brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mahu melaksanakan segera undang2 syariah bersama undg2 sivil..ana ada video beliau berucapa..blh lihat dy fb ana http://www.facebook.com/hasnurhaniim27...


syukran dan WALLAHUALAM..




Thursday, October 27, 2011

PAKTIKAL DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH HULU LANGAT






Assalamualaiku sahabat2 sekalian...


masyaAllah dh lame ana x update blog ana ny..hmpir lupa pd blog ana ny..maaf lah ana bz dgn paktikal..Paktikal ana di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat selama 3 minggu je..w/p x lama tp mcm2 kes dan pengalaman dpt..ase seronok dan gembira..doakn ana ye ..mne tahu 1 hari ana berada di situ..:)

ana nak kongsi lah cikit apa yg ana dpt kt mahkamah ..kalian nk tahu x?^__^
ape yg ana d
di sane ialah dengar perbicaan, bukak n tutup fail di E-syariah, pencarian fail, buat sijil faraid dan mcm2 lah..
...Ddi kaunter pertnyaan mcm2 borang mereka nak antaranye :-


  1. permohon cerai
  2. pengesahan cerai
  3. penegsahan nikah
  4. permohonan faraid
  5. permohon wali hakim (anak tak sah taraf,wali hakim)
  6. lain2
di mahkamah rendah ny 2 kes je salu iaitu kes mal dan jenayah..
kes mal ny mc cerai,faraid, pngesah cerai..


klu kes jenayah ny bkn mcm kes zina @ yang berat2...di mhkah rendah just kes ringan2 je..mcm khalwat, berjudi dan mcm2 lah



ana nk kongsi 1 cerita yg berlaku di Mahkamah..xperlu kot bg tahu nama ye..:) mcm ny ada sepasang ny bakal nk nikah pd 11.11.2011..lawakn tarikh ny?msti ramai nk nikah tarikh ny..hope yg kwen ny JGN LAH BERCERAI YE..HOPE BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT...bakal isteri ny wrna CHINA..dy xde saudara mara yg islam.so dy kne guna wali hakim...so time dy mohon dy perlu hadir ke Mahkamah tuk membaca AFIDAVIF..tp yg kelaka PLANTIF x dtg..bakal suami dy yg dtg..so mne blh bace ..yg kne bace ialah PLANTIF (pemohon)..

bakal suami dy buat lawak kot..ye lh org terlebih pndai katekan..blh lak dy nk guna SKYPE..mcm klaka...dlm ENAKMEN mne blh buat g2...dy x puas ati dy nk buat undng2 sndr..klaka btl..Pendaftar dh nk mara tp pk pelanggan kn..so cool lg...tp bakal suami dh btl2 mara kot.mselahnye dy yg x ikt undng2, dy nk mara..pd hal slh sape kn..mmg klaka je plngn2 klu shbt2 dtg n tgk sndr.. klu ikutkan byk lgi kes berlaku selama 3 mggu 2 ...ada kes khalwat jgk...klu bab2 saman mmg lh org x nk dtg mntk dendakn..hee...di mahkamh hulu langat ny kes jenayah dy selalu bicara hari SELASA je..hari lain kes mal...klu hari selasa je msti xde org..heee....klu hari kes mal..mmg ramai lh sbb klu blh ari 2 jgk nk selesai..

Ana ada masuk bicara, sedih sgt 1 pasangan suami isteri ny..mereka memohon cerai..time suami lafakan CERAI TALAK 1...si isteri menangis mndgr..ana yg kt dpn DEFENDEN ( ISTERI TU) ana nangis jgk..klu ikutkan ana x patut ngs tp kali pertama tgk kn nk buat mcm mne...ana harap ana dan shbt jauhilah perkara ny berlaku dlm khdpn kita kelak..:(


ana ase setakat ny je kot..klu nak thu lg blh lh add fb ana..kte share lg..k lh jaga dr semua shbt2 ye...ingt PILIH BAKAL PASANGAN KITA YG TELAH RUSULULLAH PESAN IAITU..

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka.Tetapi kahwinilahmereka atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama dalah lebih baik”-(riwayat Ibnu Majah)









Saturday, July 2, 2011

Baca dan Selami : Kisah Wanita Berpurdah


Suatu kisah…Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.


Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.


Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya.


“Adakah ini khayalanku sahaja?” bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

“Siapakah wanita itu?”


Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.


“Adakah wanita itu orang gila?”


Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.


Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.


Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu

.

Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu.


Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. “Kuncikan pintu itu,” kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, “dan bawakan kuncinya. ” Aku akur.

“Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu,” kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. “Buang-lah,” ujar wanita itu sambil ketawa, “tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?” Tempelak wanita itu lagi.


Aku diam.


“Waktu maghrib sudah hampir selesai,” kata wanita itu bernada sedikit menyindir . “Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?” Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh.


Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.


“Tiba masanya untuk melihat aku,” kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya.


” Pandang aku sungguh-sungguh,” kata wanita itu lagi.


“Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari.”


Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.